Saturday 15 September 2012

Pentingnya Sesuatu Kepentingan


...SaLaM...

Kita makan untuk hidup atau hidup untuk makan?? setiap perkara itu ada kepentingannya, just a thougt, ini yang aku pikir, aku bukan nak ubah sistem kehidupan atau konsep ketuhanan. Aku Islam aku tau batas aku.
Ikhlas itu perasaan yang kita tak dapat dalam mana2 buku, baik buku english mahupun melayu, baik belajar kat luar negara mahupun dalam negara., baik swasta mahupun kerajaan. Ikhlas ni akan datang lepas kita buat satu perkara tu sebab nak ganjaran, ada kepentingan. Kenapa kita wajib solat? sebab itu arahan, wajib patuh, hukum ALLAH tak boleh disangkal tapi arahan manusia... aku sendiri langgar. Hohohooh...
Bila tak solat, ada balasannya, Neraka!!! ya, aku takut tempat ni. Aku tak nak masuk sini walau aku tau nama aku dah dalam list ke sana, Aku tanya seorang sahabat (lagi arif tentang agama) "boleh tak kita tampal  seksaan neraka (bahan bacaan atau flyers) kat rumah kita dengan tujuan kita takut dan kita bersolat, berbuat kebaikan sebab bahan tadi tu?" dia cakap, perkara yang baik tak salah pun... bila solat tu, mohon la dalam hati mintak pada ALLAH supaya setiap perbuatan kita itu mendapat kerehaan dan keikhlasan. Insya`Allah... lama2 dapatlah... Ya, betul jugak. Takkan ALLAH nak tunjukkan kita jalan yang tak betul, memudaratkan betul tak?

Bila bercinta, sayang menyayang la.. cinta la tapi akhirnya putus!!! Hohoho. Aku ditanya soalan ini ketika rakanku bercerita dia dah putus, kekasihnya ada yang lain. Kan dan cakap, ada sebab dia buat macam tu sebabnya kepentingan la. Setiap yang kita buat ada kepentingan, takkan saja2 kita buat sesuatu tu. Baik atau  buruk, baik dan buruk kita je tau, kita je??? Ingat kita ada ALLAH, baik di minta baiklah beri, buruk di minta pun diberi juga, tapi ALLAH bagi test kat diri sendiri dulu, nak lihat ketahanan... konon nak buat jahat tapi tak tahan ni nak buat kat orang lak. Terbaca ayat ni, tak ingat sumbernya, maaf. Islam itu tidak memaksa, Ya betul tiada paksaan tapi jika sudah dilahirkan Islam, wajib paksa diri untuk solat, tutup aurat, buat baik sebab kepentingan nya adalah Syurga, timbang balanya Neraka... Aku menulis sebagai perempuan dan wanita kerana bagi aku menjadi wanita pilihan Syurga itu senang jika patuh, sukar jika mengeluh. Aku tak terkecuali mengeluh.

Tipulah andai aku bukan seperi diatas, aku cerita ni pun sebab ni aku rasa. Selagi tak salah aku nak bagi tahu, tapi aku tak berkongsi. Aku liat nak solat, Subuh! Ya subuh, payah naa... apa aku buat?? aku set dalam kepala otak aku tak nak masuk neraka, aku tak nak ayah dan abang aku tanggung dosa aku, kelak jika aku punya suami aku tak mahu dia juga dalam senarai. Aku bangun okay.. Bangun tau, subuh lah aku dalam kepentingan syurga, dosa dan pahala. Ajaib, selepas solat aku senyum dan aku tau aku ikhlas. Begitu juga dalam mana2 waktu solat juga. Kita boleh tahu bila kita ikhlas. Aku juga dalam proses penambahbaikkan... Apa?? Ya menambah yang baik2 meneruskan yang terbaik... Susah nak bagi tahu yang kita ikhlas, cukup lah Allah tahu  aku, kau, dia, kamu, awak buat, fikir, terfikir, terbuat.

................................................

No comments:

Post a Comment