Friday 28 September 2012

Cinta Pertama Peluang Kedua

...SaLaM...

Memberi peluang kedua, bukanlah satu perkara yang mudah, lagi2 cinta pertama. Aku bukanlah si penerima rezeki untuk menerima atau memberi Peluang Kedua untuk Cinta Pertamaku. Kebahagian itu bukan lah sesuatu yang kekal, tiada apa yang kekal...Nyawa, harta benda, segalanya milik Allah S.W.T. Aku kurang pasti ramai ke orang diluar sana sanggup berada dalam situasi ini, aku sendiri tidak mahu jika yang kedua itu akan mungkin jadi yang ketiga, barangkali terputus akhirnya. Pasrah juga perkataan terbaik ketika itu.

Jika cinta pertama itu menyakitkan, mungkin tiada peluang kedua. Tapi jika sebaliknya, cinta pertama terlalu bahagia, terputus kerana keadaan yang bukan dirancang, pasti akan ada peluang kedua. Keadaan yang bukan dirancang, memang kita yang rancang tapi bukan kita yang tentukan. Kita takde hak. Aku sendiri terkeseorangan ketika memikirkan bila aku akan punya peluang, atau barangkali rezeki untuk memberi peluang kedua kepada cinta pertamaku. Menunggu hamba Allah itu datang menerangakan sesuatu lantas, dia yang punya peluang kedua itu.

Back to basic, cinta itu bukan wajib, tapi harus.. ini pandangan aku, cinta juga boleh jadi makruh, sunat dan yang pasti haram, haram itu sentiasa mencium-cium baik hubungan itu halal mahupun haram. 

Aku tak mahu jadi seorang perancang terbaik tapi hakikatnya aku bukanlah penentu terawal.

.................................

No comments:

Post a Comment