Friday 28 September 2012

Cinta Pertama Peluang Kedua

...SaLaM...

Memberi peluang kedua, bukanlah satu perkara yang mudah, lagi2 cinta pertama. Aku bukanlah si penerima rezeki untuk menerima atau memberi Peluang Kedua untuk Cinta Pertamaku. Kebahagian itu bukan lah sesuatu yang kekal, tiada apa yang kekal...Nyawa, harta benda, segalanya milik Allah S.W.T. Aku kurang pasti ramai ke orang diluar sana sanggup berada dalam situasi ini, aku sendiri tidak mahu jika yang kedua itu akan mungkin jadi yang ketiga, barangkali terputus akhirnya. Pasrah juga perkataan terbaik ketika itu.

Jika cinta pertama itu menyakitkan, mungkin tiada peluang kedua. Tapi jika sebaliknya, cinta pertama terlalu bahagia, terputus kerana keadaan yang bukan dirancang, pasti akan ada peluang kedua. Keadaan yang bukan dirancang, memang kita yang rancang tapi bukan kita yang tentukan. Kita takde hak. Aku sendiri terkeseorangan ketika memikirkan bila aku akan punya peluang, atau barangkali rezeki untuk memberi peluang kedua kepada cinta pertamaku. Menunggu hamba Allah itu datang menerangakan sesuatu lantas, dia yang punya peluang kedua itu.

Back to basic, cinta itu bukan wajib, tapi harus.. ini pandangan aku, cinta juga boleh jadi makruh, sunat dan yang pasti haram, haram itu sentiasa mencium-cium baik hubungan itu halal mahupun haram. 

Aku tak mahu jadi seorang perancang terbaik tapi hakikatnya aku bukanlah penentu terawal.

.................................

Sunday 16 September 2012

Kekurangan dan Kelebihan

...SaLaM...

Apa kelebihan anda? Apa pula kekurangannya? Kelebihan dan kekurang saya? 
Kelebihan itu ialah satu perkara yang anda di beri peluang untuk merasainya, kelebihan aku, kau, dia, awak adalah berbeza, selalunya ia diberi mengikut keupayaan individu atau kumpulan dan juga situasi. Contoh nya macam ni (aku bg contoh diri aku sendiri)
1- Baru2 ni aku diberi pilihan untuk buat projek tahun akhir (FYP 1) dengan menggunakan basic programming dan buat sistem yang simple2 je. Tapi, beberapa minggu lepas tu dapat call dari S.V (supevisor) yang aku dapat saranan untuk nampak sistem aku lebih COMPLICATED. My mood, feeling, just gone!!. Aku tak boleh fikir langsung dan nak tolak sekeras-kerasnya. Itulah adalah kelebihan walau nampak kekurangan as an I.T student.

2- Kelebihan yang aku terima ni sebab situasi aku sebagai pelajar I.T tapi majoring K.M (Knowledge Management). Tapi aku tak boleh buat sebab aku juga ada kekurangan (no body perfect!!!) dari segi knowledge and limitation aku. Tak semestinya aku student I.T, aku expert dalam sistem. Aku cuma ada idea untuk pindahkan manual system to computer system. But am still have limitation, constraint and banyak lagi yang bukan relate dengan aku. By the way, FYP kali ni sorang2. Mana nak daya hadap sorang2 bai!! 

Still nak tahu pasal kekurangan? kekurangan ialah satu perkara yang anda nak buat, tapi tak dapat sebab keadaan dan keupayaan. Contohnya, aku jugak la yer.
1- Aku anak melayu, campuran melayu dan cina. My father is malay and my mom is chinese. Duduk Malaysia dah bertahun dah, tapi aku tak boleh makan pedas. TAK SUKA!!..hahhaha... pity on me. (ni dah macam nak bagi tahu pasal aku je....bluerkkk...

2- Perempuan mana yang tak suka makan coklat atau manuasia mana yang tak suka coklat?? tapi aku TAK SUKA coklat sebab bagi coklat ni menyusahkan. Yup menyusahkan.. nak kena cek mulut, gigi lepas makan just because tak nak ade calitan2 yang bakal merosakkan senyuman aku. Maybe kena pakai darlie lepas ni...hohoho..

Ini adalah kekurangan dan kelebihan aku, anda pula bagaimana? letakkan kekurangan di depan supaya kita lebih menghargai kelebihan kita.

............................................


Saturday 15 September 2012

Pentingnya Sesuatu Kepentingan


...SaLaM...

Kita makan untuk hidup atau hidup untuk makan?? setiap perkara itu ada kepentingannya, just a thougt, ini yang aku pikir, aku bukan nak ubah sistem kehidupan atau konsep ketuhanan. Aku Islam aku tau batas aku.
Ikhlas itu perasaan yang kita tak dapat dalam mana2 buku, baik buku english mahupun melayu, baik belajar kat luar negara mahupun dalam negara., baik swasta mahupun kerajaan. Ikhlas ni akan datang lepas kita buat satu perkara tu sebab nak ganjaran, ada kepentingan. Kenapa kita wajib solat? sebab itu arahan, wajib patuh, hukum ALLAH tak boleh disangkal tapi arahan manusia... aku sendiri langgar. Hohohooh...
Bila tak solat, ada balasannya, Neraka!!! ya, aku takut tempat ni. Aku tak nak masuk sini walau aku tau nama aku dah dalam list ke sana, Aku tanya seorang sahabat (lagi arif tentang agama) "boleh tak kita tampal  seksaan neraka (bahan bacaan atau flyers) kat rumah kita dengan tujuan kita takut dan kita bersolat, berbuat kebaikan sebab bahan tadi tu?" dia cakap, perkara yang baik tak salah pun... bila solat tu, mohon la dalam hati mintak pada ALLAH supaya setiap perbuatan kita itu mendapat kerehaan dan keikhlasan. Insya`Allah... lama2 dapatlah... Ya, betul jugak. Takkan ALLAH nak tunjukkan kita jalan yang tak betul, memudaratkan betul tak?

Bila bercinta, sayang menyayang la.. cinta la tapi akhirnya putus!!! Hohoho. Aku ditanya soalan ini ketika rakanku bercerita dia dah putus, kekasihnya ada yang lain. Kan dan cakap, ada sebab dia buat macam tu sebabnya kepentingan la. Setiap yang kita buat ada kepentingan, takkan saja2 kita buat sesuatu tu. Baik atau  buruk, baik dan buruk kita je tau, kita je??? Ingat kita ada ALLAH, baik di minta baiklah beri, buruk di minta pun diberi juga, tapi ALLAH bagi test kat diri sendiri dulu, nak lihat ketahanan... konon nak buat jahat tapi tak tahan ni nak buat kat orang lak. Terbaca ayat ni, tak ingat sumbernya, maaf. Islam itu tidak memaksa, Ya betul tiada paksaan tapi jika sudah dilahirkan Islam, wajib paksa diri untuk solat, tutup aurat, buat baik sebab kepentingan nya adalah Syurga, timbang balanya Neraka... Aku menulis sebagai perempuan dan wanita kerana bagi aku menjadi wanita pilihan Syurga itu senang jika patuh, sukar jika mengeluh. Aku tak terkecuali mengeluh.

Tipulah andai aku bukan seperi diatas, aku cerita ni pun sebab ni aku rasa. Selagi tak salah aku nak bagi tahu, tapi aku tak berkongsi. Aku liat nak solat, Subuh! Ya subuh, payah naa... apa aku buat?? aku set dalam kepala otak aku tak nak masuk neraka, aku tak nak ayah dan abang aku tanggung dosa aku, kelak jika aku punya suami aku tak mahu dia juga dalam senarai. Aku bangun okay.. Bangun tau, subuh lah aku dalam kepentingan syurga, dosa dan pahala. Ajaib, selepas solat aku senyum dan aku tau aku ikhlas. Begitu juga dalam mana2 waktu solat juga. Kita boleh tahu bila kita ikhlas. Aku juga dalam proses penambahbaikkan... Apa?? Ya menambah yang baik2 meneruskan yang terbaik... Susah nak bagi tahu yang kita ikhlas, cukup lah Allah tahu  aku, kau, dia, kamu, awak buat, fikir, terfikir, terbuat.

................................................

Hantaran Bukan Pengikat, Mahar Bukan Mainan


...SaLaM... 

Tidak aku mahu terikat denganmu hanya kerana hantaran beribu itu, takut aku jika dirimu mengungkit kelak.
Tidak juga aku minta beribu-ribu, memadailah kemampuan kamu dan keputusan keluargaku. Boleh saja aku
menerima walau sekadar mahar dan juga senaskah Al-Quran. Tapi tidak pula aku mahu jika yang senaskah
itu kita berdua jadikan perhiasan rumah, sebagai lambang rumah orang Islam. Aku mahu kamu dan aku
sama-sama jadikan ia perhiasan hati dan juga jalan ke syurga. Bergoncangnya tanganmu ketika menerima
akad, bergoncang juga diri ini yang telah menjadi dirimu. Aku adalah makmum kpd imamku. Imamku adalah
kamu.

Tiba masanya aku dan kamu berpisah mati, ingin sekali aku mahu kita berpegangan bersama keluarga
yang kita bina dan kamu mengetuai kami dalam meniti titian Sirat Al-Mustaqim. Syurga itu pasti, neraka itu
timbang balanya. Jauhkanlah aku dari dosamu, gelapkan aku dengan khilafmu, dekatkan aku dengan
pahalamu, pastikan aku dengan rindumu.

Tapi, takkan aku biarkan kamu keseorang memenuhi itu dan ini, aku makmummu. Akan aku pastikan aku
ada untukmu, Insya'allah.. Selagi ALLAH sudi beri pinjam nyawa

......................................

Perbezaan Malu dan Segan


...SaLaM...

Suka saya letakkan MALU dan SEGAN ni dalam diri saya, sebabnya... sebagai perempuan saya lebih hargai apa itu MALU dan apa itu SEGAN. MALU ni pada saya satu perkataan yang malu-malu tapi mahu.. ala2 nak tak nak je. Malu pada awalnya, dan kemudian akan mula melakukannya, masih boleh senyum2. Tapi malu juga perlu bertempat bukan malu saja-saja.

Macam SEGAN, lebih kepada berterung terang, tak macam MALU, yang masih boleh senyum2. Saya letakkan SEGAN dan MALU dalam diri saya di hadapan kerana sedarnya saya tentang siapa diri saya. Seorang gadis yang punya keluarga. Maruah keluarga saya, saya hormati.

Kalaulah semua gadis faham istilah MALU dan SEGAN ini, pasti anda (gadis) lebih menghargai diri sendiri. Berbangga sebagai si Gadis. Pasti anda dilindungi. Inilah pendinding paling mujarab....

.............................................

Hebat Sangatkah Kuasa CINTA


...SaLaM...


Bukan saya mahu mendabik dada... bercakap besar, atau katakan yang saya ni baik di mata masyarakat..
ala2 "good" tapi saya kecewa... kecewa pada siapa2 yang seawal dulu saya kenal menjaga dirinya, auratnya, walaupun dia tahu yang dia tak lah se"alim" mana, tapi dia tahu menjaga maruah keluarganya, diletakkan maruah keluarga di hadapan. Dia hanyut dalam kuasa CINTA tetapi sekarang??? sgt kecewa bila dia accept saya sebagai rakan facebooknya, tapi ternanti-nanti juga "approval"nya... dan saya lihat, itu bukan dia yang saya kenal seawal waktu dulu...


-----> Tidak saya sangka kawan yang saya pernah kawal seawal usia matang mula menjengah (sekolah menengah). Sedihya saya melihat dia begitu. Tidak perlulah saya huraikan sedalam mungkin. Tapi yang pasti ia memang berubah.
Moga dia sedar apa yang dia lakukan dan siapa dia sebelum sekarang.

.......................................