Saturday 15 September 2012

Hantaran Bukan Pengikat, Mahar Bukan Mainan


...SaLaM... 

Tidak aku mahu terikat denganmu hanya kerana hantaran beribu itu, takut aku jika dirimu mengungkit kelak.
Tidak juga aku minta beribu-ribu, memadailah kemampuan kamu dan keputusan keluargaku. Boleh saja aku
menerima walau sekadar mahar dan juga senaskah Al-Quran. Tapi tidak pula aku mahu jika yang senaskah
itu kita berdua jadikan perhiasan rumah, sebagai lambang rumah orang Islam. Aku mahu kamu dan aku
sama-sama jadikan ia perhiasan hati dan juga jalan ke syurga. Bergoncangnya tanganmu ketika menerima
akad, bergoncang juga diri ini yang telah menjadi dirimu. Aku adalah makmum kpd imamku. Imamku adalah
kamu.

Tiba masanya aku dan kamu berpisah mati, ingin sekali aku mahu kita berpegangan bersama keluarga
yang kita bina dan kamu mengetuai kami dalam meniti titian Sirat Al-Mustaqim. Syurga itu pasti, neraka itu
timbang balanya. Jauhkanlah aku dari dosamu, gelapkan aku dengan khilafmu, dekatkan aku dengan
pahalamu, pastikan aku dengan rindumu.

Tapi, takkan aku biarkan kamu keseorang memenuhi itu dan ini, aku makmummu. Akan aku pastikan aku
ada untukmu, Insya'allah.. Selagi ALLAH sudi beri pinjam nyawa

......................................

No comments:

Post a Comment